BAHAGIAN II
Keesokan
harinya sewaktu rehat, aku duduk menyertai sekumpulan pelajar-pelajar
perempuan. Sedang kami makan dan berbual, tiba-tiba salah seorang
dari mereka menuding jarinya ke depan. "Tengok di sana tu.
Itulah Aiman, pelajar yang terkenal dengan kenakalannya tetapi
tersangatlah ramai peminatnya di sekolah ini." Katanya kepada
kami. Aku memandang ke arah yang ditunjukkan. Hampir tersembur nasi
yang sedang ku kunyah tatkala melihat anak muda yang sedang berdiri
di situ. " Si mengada tu rupanya," bisikku di dalam hati.
Kebetula pula pada waktu yang sama dia memandang ke arah kami.
Apabila dia terlihatku, dia tersenyum lebar sambil mengenyit matanya
padaku. Kemudian, dia membawa makanannya menghala ke meja kami. Aku
jadi panik seketika. "Sebelum kau memalukan aku lagi, lebih baik
aku lari!" Bisikku sendiri. Akupun segera mencapai beg serta
fail dan berlari keluar dari kafeteria tersebut. Di belakangku,
terdengar dia melaung kuat, "Alamak! Lari lagi!"
Hari
itu entah apa malang nasibku, aku terpaksa menduduki kelas yang sama
dengan Aiman untuk subjek Biologi. Sewaktu aku masuk ke kelas, dia
memandangku sambil tersenyum lebar. "Apa kena pulak dengan si Aiman ni? Tersengih-sengih tak tentu pasal. Mesti ada apa-apa ni..."
Bisikku dalam hati. Aku melihat sekeliling mejaku, manalah tahu
kalau-kalau asa sesuatu yang diletakkannya untuk menakutkan aku.
Setelah berpuas hati tiada apa-apa yang perlu aku risaukan, aku pun
segera duduk. "Ehem! Ehem! Terdengar suara Aiman berdehem di
tepiku. "Ada apa pulak ni ?" aku tertanya-tanya seorang
diri.
Pelajaran
bermula dan semua pelajar mula menumpukan perhatian. Tetapi,
lain pula halnya dengan si mamat seorang ni. Aiman kuperhatikan asyik
tersengih-sengih sepanjang waktu Biologi itu. Eee, naik menyampah aku
menengokkannya. Tamat sahaja kelas Bio tersebut, aku segera bangun
untuk ke kelas yang berikutnya. Tetapi... "Eh! Kenapa ni? Apasal
kerusi ni ikut sama berdiri dengan aku!" Di belakangku terdengar
suara Aiman ketawa berdekah-dekah. aku cuba untuk menanggalkan kerusi
itu daripada melekat pada kainku tetapi gagal. Kelas yang berikutnya
sudah mula memenuhi kelas itu. Aku menjerit dan memaksa Aiman untuk
berbuat sesuatu. Sambil menekan perutnya menahan ketawa, Aiman
kemudiannya menggunakan sejenis minyak yang akhirnya dapat
menanggalkan kerusi itu daripada terus melekat padaku. Aku terus
mencapai bukuku dan berlari keluar. Hilai ketawa pelajar lain
kedengaran gamat sekali di belakangku. Disebabkan oleh rasa geram,
bercampur dengan sakit hati dan marah, ditambah pula dengan rasa malu
yang amat sangat, aku lantas menangis sepuas-puasnya di dalam
tandas sekolah.
Dua
minggu berlalu. Aku kini puas memikirkan cara untuk membalas dendam
pada Aiman. " Mentang-mentanglah dia popular. Dia ingat dia
boleh buat apa saja agaknya! Nantilah, penangan dariku akan tiba juga
Aiman.."