You might not see it now but it will become visible as you venture deeper into life..

You might not see it now but it will become visible as you venture deeper into life..

Wednesday, September 4, 2013

ONCE UPON A TIME

I wrote this story some twenty years back. It was written out of pure pleasure, that 's all. I'm still keeping it all these years because it brings back a beautiful memory.  I actually sent it to a radio programme and what do you know, it was aired and all my friends got to listen to it! It made me so happy and I was really "on air" back then ! Now, let me share the story with you. Hope you'll enjoy it too! 

BAHAGIAN I

Jam sudah menunjukkan ke angka tujuh pagi. Aku masih belum siap-siap lagi. " Alamak! macamana ni ? Takkanlah hari pertamapun aku dah lambat!" Aku merungut seorang diri. Sebenarnya hari itu adalah hari yang penting untukku. Itulah hari aku akan bersemuka dengan guru-guru baru, kawan-kawan baru, di sekolah yang baru setelah berpindah ke Kuantan. Aku lantas bergegas ke dapur setelah selesai bersiap. Kopi yang disediakan Ibu segera kuhirup dan aku makan sekeping roti. " Ibu! Ani ke sekolah dulu!" Kataku pada Ibu sambil berlari keluar. Ibu hanya menggelengkan kepalanya melihat telatahku yang kelam kabut itu. "Ha! Nanti, baik-baik berkawan di sekolah tu !" Itulah ibu yang sangat mengambil berat tentang diriku.
Agaknya, keadaan yang kelam kabut itu membuatkan aku lupa untuk melihat ke kiri dan kanan sewaktu melintas jalan. Bunyi brek motorsikal yang kuat secara spontan membuatkan aku melompat ke tepi jalan. " Hoi Cik Adik!!" Tengok jalanlah sikit!!" Aku berpaling ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang anak muda yang juga berpakaian sekolah seperti aku. "Tampan juga orang ni ya," aku berbisik di dalam hati. Belum pun sempat aku meminta maaf, dia berlalu dengan deruman motor yang amat kuat, meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.
Setibanya aku di sekolah, aku mendaftar di kelas baruku. Berlainan sekali keadaan di sekolah ini daripada sekolah lamaku. Setiap kali habis satu matapelajaran, kami terpaksa berpindah kelas. Aku ke kelas yang berikutnya sambil membelek jadual, "Hmm.. Fizik lah pulak. " Aku lantas bergegas ke makmal Fizik yang terletak di hujung bangunan sekolah. Tiba sahaja di hujung bangunan tersebut, nyaris aku terpelanting kerana terlanggar seseorang! Aku terjerit dan buku-bukuku habis jatuh bertaburan. "Alamak! Jumpa lagi!" Kedengaran satu suara yang rasanya pernah aku dengar sebelum ini. Rupa-rupanya aku bertemu semula dengan anak muda yang hampir melanggar aku dengan motornya pagi itu. Tergamam aku dibuatnya. Tetapi, aku segera membongkok dan mengutip semua bukuku. Dia turut membantu sambil membaca namaku yang sah sah tertera pada setiap bukuku, " Hmm..Nisma..cantik nama. Binti apa ya ? Binti mata pejam ?," tanyanya sambil ketawa. Eee.. sakit betul hatiku dibuatnya ! "Mengada-gada pulak dia ni! " Kataku di dalam hati. Aku menjeling tajam padanya. Sambil merampas bukuku darinya, aku bersuara buat pertama kalinya, " Maaflah saudara! Saya tak sengaja!" Kemudian aku segera berlalu meninggalkan pemuda "mengada" tersebut! "Hei Cik Adik, eh, Nisma! Nanti dulu! Kedengaran dia menjerit memanggilku. Tetapi oleh kerana terlalu geram dan marah , aku terus pergi tanpa menoleh ke belakang lagi!