You might not see it now but it will become visible as you venture deeper into life..

You might not see it now but it will become visible as you venture deeper into life..

Thursday, September 19, 2013

MY WISH LIST

STORAGE BOX
WALL CLOCK


CANDLES







BEDDING SET


PENDANT
HAIR PINS

 OIL PROOF ALUMINIUM FOIL WALL STICKER

 
OVER THE SINK SHELF KITCHEN STORAGE ORGANIZER


SUNFLOWER LAZY SUSAN


SPOON ANFD FORK WALL DECOR

UTENSIL HOLDER


PAPER TOWEL ROLL HOLDER

LIGHT SWITCH COVER


PAPER TOWEL HOLDER

BURNER COVER

CABINET PULLS







Wednesday, September 4, 2013

ONCE UPON A TIME

I wrote this story some twenty years back. It was written out of pure pleasure, that 's all. I'm still keeping it all these years because it brings back a beautiful memory.  I actually sent it to a radio programme and what do you know, it was aired and all my friends got to listen to it! It made me so happy and I was really "on air" back then ! Now, let me share the story with you. Hope you'll enjoy it too! 

BAHAGIAN I

Jam sudah menunjukkan ke angka tujuh pagi. Aku masih belum siap-siap lagi. " Alamak! macamana ni ? Takkanlah hari pertamapun aku dah lambat!" Aku merungut seorang diri. Sebenarnya hari itu adalah hari yang penting untukku. Itulah hari aku akan bersemuka dengan guru-guru baru, kawan-kawan baru, di sekolah yang baru setelah berpindah ke Kuantan. Aku lantas bergegas ke dapur setelah selesai bersiap. Kopi yang disediakan Ibu segera kuhirup dan aku makan sekeping roti. " Ibu! Ani ke sekolah dulu!" Kataku pada Ibu sambil berlari keluar. Ibu hanya menggelengkan kepalanya melihat telatahku yang kelam kabut itu. "Ha! Nanti, baik-baik berkawan di sekolah tu !" Itulah ibu yang sangat mengambil berat tentang diriku.
Agaknya, keadaan yang kelam kabut itu membuatkan aku lupa untuk melihat ke kiri dan kanan sewaktu melintas jalan. Bunyi brek motorsikal yang kuat secara spontan membuatkan aku melompat ke tepi jalan. " Hoi Cik Adik!!" Tengok jalanlah sikit!!" Aku berpaling ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang anak muda yang juga berpakaian sekolah seperti aku. "Tampan juga orang ni ya," aku berbisik di dalam hati. Belum pun sempat aku meminta maaf, dia berlalu dengan deruman motor yang amat kuat, meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.
Setibanya aku di sekolah, aku mendaftar di kelas baruku. Berlainan sekali keadaan di sekolah ini daripada sekolah lamaku. Setiap kali habis satu matapelajaran, kami terpaksa berpindah kelas. Aku ke kelas yang berikutnya sambil membelek jadual, "Hmm.. Fizik lah pulak. " Aku lantas bergegas ke makmal Fizik yang terletak di hujung bangunan sekolah. Tiba sahaja di hujung bangunan tersebut, nyaris aku terpelanting kerana terlanggar seseorang! Aku terjerit dan buku-bukuku habis jatuh bertaburan. "Alamak! Jumpa lagi!" Kedengaran satu suara yang rasanya pernah aku dengar sebelum ini. Rupa-rupanya aku bertemu semula dengan anak muda yang hampir melanggar aku dengan motornya pagi itu. Tergamam aku dibuatnya. Tetapi, aku segera membongkok dan mengutip semua bukuku. Dia turut membantu sambil membaca namaku yang sah sah tertera pada setiap bukuku, " Hmm..Nisma..cantik nama. Binti apa ya ? Binti mata pejam ?," tanyanya sambil ketawa. Eee.. sakit betul hatiku dibuatnya ! "Mengada-gada pulak dia ni! " Kataku di dalam hati. Aku menjeling tajam padanya. Sambil merampas bukuku darinya, aku bersuara buat pertama kalinya, " Maaflah saudara! Saya tak sengaja!" Kemudian aku segera berlalu meninggalkan pemuda "mengada" tersebut! "Hei Cik Adik, eh, Nisma! Nanti dulu! Kedengaran dia menjerit memanggilku. Tetapi oleh kerana terlalu geram dan marah , aku terus pergi tanpa menoleh ke belakang lagi!

Tuesday, September 3, 2013

ONCE UPON A TIME II

BAHAGIAN II

Keesokan harinya sewaktu rehat, aku duduk menyertai sekumpulan pelajar-pelajar perempuan. Sedang kami makan dan berbual, tiba-tiba salah seorang dari mereka menuding jarinya ke depan. "Tengok di sana tu. Itulah Aiman, pelajar yang terkenal dengan kenakalannya tetapi tersangatlah ramai peminatnya di sekolah ini." Katanya kepada kami. Aku memandang ke arah yang ditunjukkan. Hampir tersembur nasi yang sedang ku kunyah tatkala melihat anak muda yang sedang berdiri di situ. " Si mengada tu rupanya," bisikku di dalam hati. Kebetula pula pada waktu yang sama dia memandang ke arah kami. Apabila dia terlihatku, dia tersenyum lebar sambil mengenyit matanya padaku. Kemudian, dia membawa makanannya menghala ke meja kami. Aku jadi panik seketika. "Sebelum kau memalukan aku lagi, lebih baik aku lari!" Bisikku sendiri. Akupun segera mencapai beg serta fail dan berlari keluar dari kafeteria tersebut. Di belakangku, terdengar dia melaung kuat, "Alamak! Lari lagi!"
Hari itu entah apa malang nasibku, aku terpaksa menduduki kelas yang sama dengan Aiman untuk subjek Biologi. Sewaktu aku masuk ke kelas, dia memandangku sambil tersenyum lebar. "Apa kena pulak dengan si Aiman ni? Tersengih-sengih tak tentu pasal. Mesti ada apa-apa ni..." Bisikku dalam hati. Aku melihat sekeliling mejaku, manalah tahu kalau-kalau asa sesuatu yang diletakkannya untuk menakutkan aku. Setelah berpuas hati tiada apa-apa yang perlu aku risaukan, aku pun segera duduk. "Ehem! Ehem! Terdengar suara Aiman berdehem di tepiku. "Ada apa pulak ni ?" aku tertanya-tanya seorang diri.
Pelajaran bermula dan semua pelajar mula menumpukan perhatian. Tetapi, lain pula halnya dengan si mamat seorang ni. Aiman kuperhatikan asyik tersengih-sengih sepanjang waktu Biologi itu. Eee, naik menyampah aku menengokkannya. Tamat sahaja kelas Bio tersebut, aku segera bangun untuk ke kelas yang berikutnya. Tetapi... "Eh! Kenapa ni? Apasal kerusi ni ikut sama berdiri dengan aku!" Di belakangku terdengar suara Aiman ketawa berdekah-dekah. aku cuba untuk menanggalkan kerusi itu daripada melekat pada kainku tetapi gagal. Kelas yang berikutnya sudah mula memenuhi kelas itu. Aku menjerit dan memaksa Aiman untuk berbuat sesuatu. Sambil menekan perutnya menahan ketawa, Aiman kemudiannya menggunakan sejenis minyak yang akhirnya dapat menanggalkan kerusi itu daripada terus melekat padaku. Aku terus mencapai bukuku dan berlari keluar. Hilai ketawa pelajar lain kedengaran gamat sekali di belakangku. Disebabkan oleh rasa geram, bercampur dengan sakit hati dan marah, ditambah pula dengan rasa malu yang amat sangat, aku lantas menangis sepuas-puasnya di dalam tandas sekolah.
Dua minggu berlalu. Aku kini puas memikirkan cara untuk membalas dendam pada Aiman. " Mentang-mentanglah dia popular. Dia ingat dia boleh buat apa saja agaknya! Nantilah, penangan dariku akan tiba juga Aiman.."

Monday, September 2, 2013

ONCE UPON A TIME III

BAHAGIAN III

Hari itu tibalah peluang yang aku nanti-nantikan. "Ha Aiman! Aku akan sorok buku Bio kau hari ni, biar kau rasa "hadiah istimewa Cikgu Mat Zali !" Kataku sambiltersenyum seorang diri. Apabila Aiman masuk ke kelas, akupun mula lah tersengih-sengih padanya seperti yang pernah dilakukannya padaku dulu. Aiman memandangku dengan penuh curiga."Siaplah kau Aiman," kataku seorang diri sambil ketawa geli hati. 
"Baiklah, hantar kerja yang saya minta siapkan semalam," arah Cikgu Mat Zali. Aku memandag ke arah Aiman. Ku lihat dia begitu sibuk sekali mencari bukunya. habis digelidahnya beg hijaunya itu. "Satu lagi! Siapa belum hantar, bangun!!" Suara Cikgu Mat Zali mula meninggi. Ha" Inilah adegan yang aku nanti-nantikan !! Aiman bangun perlahan-lahan. "Kenapa awak tak hantar ? " tanya Cikgu Mat Zali. "Buku saya hilang cikgu." "Hilang ? Mana boleh ! Takkan ada kaki buku tu, atau sememangnya awak tak siapkan kerja saya ?" soal cikguku itu. Kesudahannya Aiman didenda berjalan keliling bangunan sekolah sambil menjunjung kerusi. Aiman jatuh terduduk di atas kerusinya kerana terkejut dengan hukuman tersebut! Sekarang giliran aku pula ketawa terkekeh-kekeh hingga ditegur oleh Cikgu Mat Zali. Sambil menahan ketawa kerana takut dimarahi guruku lagi, sempat aku menoleh ke arah Aiman sambil mengangkat ibu jariku padanya,"Padan muka kau Aiman!!"
Hari itu, aku tersenyum sepanjang perjalanan pulang ke rumah !